PPS NOTRE DAME CONVENT

PUSAT SUMBER SEKOLAH SMJK NOTRE DAME CONVENT



Selamat Datang ke PUSAT SUMBER NDC 

pintu pusat sumber sekolah.

NAMA PERPUSKAAN : Perpustakaan Lee Kong Chian ( Bahasa Cina : 李光前图书馆)

NAMA RUANG KERJA : 陈恩求室

VISI : Ke Arah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang

MISI : Menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Tempat yang Suka Dikunjungi

SLOGAN : Mesra Pelanggan

MOTTO : Read > Gain > ( Read more gain more)

ORGANISASI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER

Pengerusi : En. Lee Soon Luwi

Penyelaras akademik : Pn. Tan Sock Hooi

Penyelaras HEM : Pn. Soh Lay Hui

Penyelaras Kokurikulum : Pn. Norul Akmar bt Alang

Pembantu Penyelaras : Pn Juliet Koh Swee Bee

Penyelaras Perpustakaan : Pn. Nadia Azami

Penolong Penyelaras Perpustakaan : Pn. Low Siau Yen dan Cik Nurul Ehsan bt Abd Ghani

Guru Nilam : En. Mohd Maulana bin Ahmad @ Darus

Penyelaras Alat Pandang Dengar : Pn. Siti Noorshahliza Mokhtar

Penyelaras ICT : Pn. Ibtisyam Abdul Rahim

Pembantu Perpustakaan : Cik Aqilah




Maklumat Sekolah


SMJK Notre Dame Convent 



Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan

Kod Sekolah : MEB2100














Lokasi Sekolah : 265,Jalan Gajah Berang, 75200, Melaka.

Telefon Sekolah : 06-2824887 

Faks Sekolah : 06-2862836

Kerajaan Tempatan : Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah

PPD : PPD MELAKA TENGAH

PKG : PKG BACHANG
                               
 Visi Sekolah: Menjadi antara10 sekolah unggul di Malaysia.

Misi Sekolah: Menghasilkan keputusan cemerlang dalam bidang kurikulum, yakin 100% kelulusan dalam peperiksaan awam.

Mencanai bakat pelajar dalam bidang kokurikulum ke tahap nasional.

Melahirkan pelajar bersikap mantap dan berdisplin.

Motto Sekolah: Tulus dengan Fadilat, Azam dengan Bakti.

                   Simple in Virtue, Steadfast in Duty.



Kawasan Sekolah

Hadapan Sekolah

Padang


Blok F

blok C D 

 Kantin

 Pusat Sumber

 Dewan Besar


 Pintu Masuk

 Bilik Guru








Sejarah Sekolah

Sejarah permulaan sekolah - Sebelum tahun 1960
  Sekolah Menengah Perempuan Cina Notre Dame adalah nama asal sekolah ini. Ia telah ditubuhkan pada 4 Januari 1960 di Melaka di tempat ia berada sekarang. Ia telah dikendalikan oleh sebuah badan Kristian, ‘ Sisters of the Holy Infant Jesus’ Order ’ di bawah kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu. Pengetuanya yang pertama ialah Sister Marie Angele Pang.

 Sebenarnya sejarah SMNDC bermula pada 1948. Pada tahun itu seorang biarawati dari Ireland yang bernama Mother Martha telah mengambil berat tentang pendidikan kanak-kanak perempuan Cina di Melaka. Beliau adalah mewarisi semangat yang diasaskan oleh Father Barre yang bermula pada tahun 1666 di Perancis. Semangat Father Barre yang ingin melihat kanak-kanak sedunia semuanya berpeluang menimba ilmu pengetahuan telah tersemai di Perancis. Seterusnya ia berkembang ke empat belas buah negara lain di seluruh dunia dan akhirnya telah dibawa ke Malaya pada tahun 1852.

  Sekolah yang didirikan oleh mubaligh Kristian ini telah berkembang di Malaya termasuk di Melaka. Daripada statistik, didapati Seramai 73,605 anak didik telah menerima pendidikan bercorak ini terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri-negeri selat seperti di Melaka. Oleh itu anak didik di SMNDC juga tidak terkecuali. Ini menunjukkan bahawa masyarakat tempatan terutamanya kaum Cina memberi sambutan yang baik terhadap pendidikan yang diberikan bahkan ramai yang telah menerima ajaran agama Kristian sebagai panduan hidup mereka ketika itu. Keadaan sekarang telah berubah. Dari bawah sistem pendidikan masa kini, pengaruh golongan agama Kristian tidak lagi bertapak di sekolah ini lagi. Satu sistem yang bersepaduan dan berbentuk kemalaysiaan terus menanamkan semangat kekitaan di kalangan pelajar.

  Pada tahun 1948, Mother Martha mendapati ramai kanak-kanak terutamanya perempuan Cina tidak bersekolah pada masa itu kerana tidak diberi peluang belajar oleh para ibu bapa masyarakat Cina ketika itu. Ini adalah kerana ibu bapa masyarakat Cina pada masa itu hanya mementingkan pendidikan anak lelaki mereka sahaja.Atas kesedaran itu, beliau telah memberi sebuah rumah kedai di Jalan Tranquerah untuk memulakan sebuah sekolah convent Cina di bawah arahan Sr. Henry Au dengan 23 orang pelajar dan 1 orang guru sahaja. 

  Setahun kemudian, sekolah ini telah berpindah ke sebuah rumah yang berhadapan dengan Gereja St. Theresa sekarang yang terletak di Jalan Gajah Berang, Melaka. Tetapi sekolah ini ditutup 2 tahun kemudian. Krew kami cuba mencari puncanya penutupan sekolah ini ketika itu . Dalam catatan buku sejarah sekolah ini, puncanya penutupan sekolah adalah kerana masalah tapak sekolah dan juga kekurangan sumber kewangan untuk membeli tapak sekolah ini Tanpa putus asa dan dengan semangat gigih yang berpegang teguh kepada prinsip yang telah tersebut di atas, pada tahun 1957, Rev. Mother Pius telah berjaya memohon sebidang tanah seluas 5 ekar dari kerajaan negeri Melaka, yakni tapak sekolah pada masa sekarang. Atas usaha pihak ‘ Sisters of the Holly Infant Jesus’ Order ’ , projek pembinaan sekolah dijalankan dengan rancak sekali. Akhirnya terbinalah sebuah bangunan sekolah yang menjadi kepunyaan SRJK(C) Notre Dame sekarang. Bangunan ini mempunyai 8 bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah blok tandas.


Sejarah sekolah selepas tahun 1960

  SMNDC benar-benar bermula pada tahun 1960. Pada masa itu, sekolah menengah menumpang 2 bilik darjah sekolah rendah bermula dengan 76 orang pelajar di kelas peralihan. Pada masa itu, Blok A sekolah menengah sedang giat dirikan. Blok A adalah sebuah bangunan 2 tingkat yang akan mempunyai sebuah makmal sains, bilik sains rumah tangga, bilik lukisan, perpustakaan, 7 buah bilik darjah dan tandas.

  Pada Januari 1961, apabila Blok A siap dibina, sekolah menengah telah berpindah ke bangunan baru. Pada masa itu terdapat 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas peralihan. Pada tahun 1962, sekolah ini berjaya mengadakan 3 kelas peralihan. Memandangkan keperluan pada masa hadapan, Blok B yang mempunyai 5 bilik darjah tambahan dan sebuah dewan telah dicadang bina dan dapat disiapkan pada tahun 1964.
Pada tahun 1963, jumlah pelajar SMNDC adalah seramai 335 orang. Pada tahun ini juga pelajar-pelajar sekolah ini buat pertama kalinya menduduki peperiksaan L.C.E . Pada tahun 1965, pelajar-pelajar yang telah lulus peperiksaan L.C.E ini pula menduduki peperiksaan ‘ Senior Cambridge ’ dan M.C.E .

  Sekolah ini terus berkembang dan mendapat sokongan penduduk sekitarnya. Pelajar-pelajarnya umumnya berbangsa Cina dan beragama Kristian. Walau bagaimanapun pihak sekolah tidak pernah menghalang kemasukan pelajar-pelajar berbangsa lain. Justeru itu, sekolah ini juga mempunyai beberapa orang pelajar yang berbangsa India. Biasanya mereka ini fasih berbahasa Mandarin kerana mereka berasal dari sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

  Pada tahun 1967, sekolah ini mempunyai 15 kelas dengan jumlah 530 orang pelajar. Sekali lagi sekolah ini menghadapi kekurangan bilik darjah. Walaupun menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1969 Blok C telah dicadang bina dan telah siap dibina pada tahun 1970. Bangunan ini menempatkan bilik jahitan dan bilik masakan di tingkat bawah dan 3 bilik darjah di tingkat 1 . Datuk Hussein Onn pada masa itu sebagai Menteri Pelajaran Malaysia telah diundang khas untuk merasmikan bangunan ini pada 24 Jun 1971. Blok D pula didirikan pada tahun 1973 . Ia mengandungi 4 bilik darjah. Pelajar-pelajar telah mula menggunakan blok ini pada penggal 3, 1973. Menurut catatan buku sejarah sekolah ini, pada tahun 1982 Blok E berjaya didirikan. Ia mengandungi sebuah kantin di tingkat bawah dan perpustakaan sekolah di tingkat 1 . Buat pertama kalinya sekolah mempunyai kantin sendiri selepas 21 tahun berkongsi kantin dengan sekolah rendah.

  Blok F yang mempunyai 4 tingkat telah siap dibina pada tahun 1990 atas usaha bekas pengetua sekolah Puan Chan Swee Yen, guru-guru, pelajar-pelajar dan para dermawan yang budiman. Pada tahun 1992, satu bangunan tahunan telah didirikan di tepi Blok F Ia mengandungi 2 buah bengkel Kemahiran Hidup, 1 stor sukan dan 1 stor Pendidikan Seni.




lagu sekolah