TRANSFORMASI NILAM DALAM ERA PENDIDIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1
PROGRAM MEMBINA TABIAT MEMBACA
1. LATAR BELAKANG
Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di
negera ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia
masih rendah. (Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015)
1.1 Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan
oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank
Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara
antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi Negara
mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku
hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati
rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.
1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5
tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun
1995 ialah 84%.
Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan
membaca yang telah sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri,
sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu
diteruskan.
2. RASIONAL
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu
dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan
tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah
NILAM Kebangsaan, Kem membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda,
Khemah Membaca, Kem Literasi Maklumat di sekolah-sekolah.
Secara keseluruhan program-program galakan membaca yang
dilaksanakan sebelum ini telah mencapai objektif yang disasarkan,
namun demikian, masih terdapat keperluan untuk menambahbaik
program bagi meningkatkan kualiti pembacaan. Kementerian Pendidikan
perlu mencari pendekatan baharu bagi melaksanakan program galakan
membaca yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan semulajadi dan
persekitaran murid-murid.
3. ASAS PERTIMBANGAN
Menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk menambahbaik
pelaksanaan program, perkara-perkara berikut menjadi asas
pertimbangan.
3.1 Pemantapan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, penguasaan literasi
maklumat dan digital sepanjang hayat untuk menghadapi cabaran
negara maju. Natijah kepada pemantapan budaya pembacaan ini
akan melahirkan murid yang berupaya mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
3.2 Peningkatan tahap kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk
terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui
tabiat membaca berkualiti untuk menyedia dan mempersiapkan
murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk bersaing di peringkat global.
3.3 Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi
elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dan
juga pendemokrasian pendidikan meliputi pelbagai tahap
keupayaan murid seperti yang dinyatakan di dalam dokumen
PPPM, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 dan Education For All (unesco)
3.4 Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum. Semua warga
sekolah bertanggungjawab dalam mewujudkan iklim yang
menggalakkan budaya membaca di sekolah.
3.5 Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti
setempat/pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan
dalam pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan
murid.
3.6 Pencapaian Malaysia khususnya dalam literasi bacaan PISA pada
tahun 2012 menunjukkan penurunan yang membimbangkan.
Dalam PISA 2009, Malaysia menduduki tangga ke-55 daripada 74
buah negara yang turut serta, manakala dalam PISA 2012,
kedudukan dalam bacaan merosot ke tangga 59 daripada 65 buah
negara. Purata skor bacaan murid Malaysia merosot daripada 414
mata pada PISA 2009 kepada 398 mata pada PISA 2012.
Berdasarkan laporan kajian PISA, 52.5% murid Malaysia gagal
mencapai Tahap 2, yang menurut Organization for Economic
Cooperation and Development (OECD), tahap minimum untuk
membolehkan seseorang menyertai kehidupan masyarakat secara
berkesan dan produktif setelah tamat persekolahan
3.7 Selaras dengan hasrat “Pendidikan Untuk Semua” dan konsep
kesamarataan akses terhadap peluang pendidikan yang berkualiti
seperti yang dinyatakan dalam anjakan 1 Transformasi Sistem
Pendidikan, terdapat keperluan untuk menstruktur semula
pendekatan, pelaksanaan dan penilaian program NILAM yang NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3
ditambah baik dengan peluasan kepada kepelbagaian jenis
sekolah seperti Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Integriti,
Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Titian Kasih dan Kolej
Vokasional.
4. PENDEKATAN
Berdasarkan pertimbangan di atas, pendekatan yang wajar diambil
dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang
berterusan. Perkara-perkara utama adalah
4.1 Kumpulan sasar (merujuk kepada objektif dan asas
pertimbangan)
Usaha membentuk budaya suka membaca dalam kalangan
generasi kini perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi.
Dalam konteks institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat aktiviti ini juga dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah
menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah
secara berterusan bermula dengan murid pra-sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan pra diploma di kolej vokasional
4.2 Aktiviti Galakan Membaca
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah
perlu diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan
aktiviti-aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend
semasa. Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi
melalui media massa, media sosial serta penglibatan tokoh-tokoh
ilmuan, professional, hiburan, sukan dan politik. Dalam konteks ini,
pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai,
praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan
mengembang dan melestarikan budaya membaca.
4.3 Bahan Bacaan
Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan
bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh
dari pelbagai sumber.
Buku
Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam
bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari
koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan awam,
perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi,
koleksi digital yang disimpan di storan digital dan juga dari internet.
Bahan bukan buku
Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku
seperti artikel, jurnal, majalah, komik, laporan, risalah, poster,
brosur dan lain-lain.
4.4 Masa
Menurut Kajian Tabiat Membaca (UPM,1997) kira-kira 15% sahaja
pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan
membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak
berterusan. Oleh itu masa pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah perlu dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kemahiran
dan minat membaca. Disarankan supaya cadangan-cadangan di
bawah ini dapat dilaksanakan :-
a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam proses PdP secara
merentas kurikulum;
b. Pengisian masa di luar masa PdP dan juga waktu rehat;
sekolah rendah diberi tumpuan utama. Pada masa yang sama
MASA BAHAN
KUMPULAN SASAR
AKTIVITI
PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENGLIBATAN IBU BAPANILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 5
c. Pengisian aktiviti berkaitan pembacaan dan kemahiran
selepas pembacaan semasa perhimpunan ataupun
program-program anjuran sekolah.
d. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti/kemahiran PSS sewaktu
minggu orientasi murid baharu yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca;
e. Kesinambungan minat membaca di luar waktu
persekolahan. Perlunya penglibatan dan kerjasama ibu
bapa dan masyarakat setempat untuk terus memupuk minat
tersebut
4.5 Pusat Sumber Sekolah
Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan
selepas pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS
yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amat penting untuk
menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti
membaca. PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat
ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat
profesional serta pusat hubungan sosial. Pembangunan dan
penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS perlulah bersesuaian
dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang dibangunkan
secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan
fizikal yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk
penyediaan sumber dan juga koleksi bacaan yang mencukupi bagi
kegunaan warga sekolah. Aktiviti meningkatkan keberkesanan
PSS juga harus dijalankan seperti Anugerah Pusat Sumber
Sekolah Cemerlang, kemahiran penggunaan PSS dalam minggu
orientasi murid baru dan lain-lain aktiviti.
4.6 Penglibatan ibu bapa, masyarakat dan sokongan agensi
kerajaan/bukan kerajaan
Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan
sekiranya ada kesinambungan di luar persekitaran sekolah. Ibu
bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada
anak-anak untuk terus membaca. Di samping memberi galakan
dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan
masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah
yang menggalakkan minat membaca. Agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan juga berperanan untuk bersama-sama membentuk
minat membaca kepada murid-murid dan juga masyarakat melalui
penganjuran program-program pembacaan. Mereka yang terlibat
dalam industri penerbitan dan penyediaan bahan bacaan turut
memainkan peranan yang besar dalam membentuk, membudaya dan mengekalkan minat membaca dalam kalangan murid-murid
kita.